Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan jalan serta sistem keselamatan jalan tersebut. lanya dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah saya lalui selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan ini. Laporan ini terbahagi kepada sebelas bahagian yang dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Syarikat Nam Fang yang beroperasi di Kangar, Perlis boleh dikategorikan sebagai sebuah syarikat yang rancak menjalankan aktiviti pembinaan di sekitar negeri Perlis ini. Projek pembinaan Jambatan Melintasi Landasan Keretapi sedang dalam pembinaan oleh syarikat ini. Lokasi bagi projek ini ialah di Jalan Kangar ke Arau, Batas Liku, Perlis. Hasil dari pemerhatian saya didapati bahawa pembinaan jalan bagi menampung aliran trafik yang agak sibuk ini tidaklah semudah yang disangkakan. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi jenis-jenis turapan, bahanbahan yang digunakan dan ujian-ujian yang terlibat dalam pembinaan jalan ini. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kaedah kerja yang terlibat yang diadaptasikan dalam pembinaan jalan lencongan pada projek ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nazif 2002141241 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mat Nor, Nizal UNSPECIFIED Thesis advisor Mahayuddin, Siti Akhtar UNSPECIFIED Thesis advisor Tun Jamil, Siti Jamiah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > Construction details. Including foundations, maintenance, equipment |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | pembinaan jalan lencongan, sistem keselamatan, proses dan kaedah |
Date: | April 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77578 |