Pengaruh aplikasi TikTok kepada gaya hidup masyarakat Malaysia / Normaziah Abdul Rahman ... [et al.]

Abdul Rahman, Normaziah and Hashim, Norhafiza and Yusof, Rozianiwati and Mohd Yunus, Sri Yusmawati and Aziz Fadzillah, Nor Azlina (2023) Pengaruh aplikasi TikTok kepada gaya hidup masyarakat Malaysia / Normaziah Abdul Rahman ... [et al.]. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Perkembangan media massa kini banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat Malaysia. Kewujudan pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya telah menjadikan tempat perkongsian maklumat, berubah daripada medium konvensional kepada dalam talian. Mengikut data daripada Statistik Digital 2022, ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menggunakan 15 platform media sosial yang berbeza. Daripada keseluruhan platform tersebut, aplikasi TikTok merupakan platform yang keenam paling banyak digunakan di Malaysia iaitu sebanyak 53.8% pengguna. Jumlah pengguna TikTok di Malaysia pada bulan Julai 2022 adalah seramai 17.20 juta orang, dan majoriti pengguna adalah golongan yang berusia 18 tahun ke atas (Digital 2022: Malaysia — DataReportal – Global Digital Insights, 2022). Berdasarkan statistik ini, dapat dilihat aplikasi TikTok menjadi pilihan utama rakyat Malaysia di dalam komunikasi dan perkongsian maklumat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77574.pdf]
Text
77574.pdf
Download (569kB)
Indexing & Metrics