Abstract
Sukarelawan merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah badan bukan berorientasikan keuntungan (NPO). Laporan daripada Jabatan Pertubuhan Persatuan (JPP) melaporkan terdapat peningkatan jumlah NPO yang ditubuhkan dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap sukarelawan semakin meningkat. Namun begitu, jika dilihat di dada-dada akhbar dan juga di laman sesawang, seringkali terdapat permintaan khidmat sukarelawan bagi menjayakan apa-apa program anjuran. Ini memberi gambaran bahawa sukarelawan sedia ada tidak mencukupi. Selain itu, pemimpin NPO turut perlu bersaing sesame mereka untuk mengekalkan sukarelawan sedia ada yang komited dalam menjalankan tugas sukarela. Keadaan ini dikaitkan secara langsung dengan persoalan kepimpinan dan kepengikutan. Bagaimana kepimpinan menguruskan sukarelawan boleh mencetuskan daya saing yang perlu dimiliki oleh NPO bagi memperoleh dan mengekalkan tenaga kerja sukarelawan yang penting untuk pencapaian misi NPO.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ngah, Nor Syamaliah UNSPECIFIED Mohd Hussain, Azlina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | Kepimpinan, sukarelawan, nonprofit organization, npo |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77571 |