Abstract
Laporan ini menerangkan secara ringkas mengenai segala perkara-perkara yang berkaitan dengan perancangan kualiti projek yang merupakan salah satu dokumen terpenting yang sentiasa perlu diikuti bagi kerja-kerja pembinaan ditapak bina. Penulis dapat mengumpulkan pelbagai maklumat berkaitan dengan perancangan kualiti projek ini berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Dan di dalam laporan ini terbahagi kepada kepada beberapa bahagian yang dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek. Latar belakang syarikat ini adalah berkaitan dengan syarikat Majidee Holding Sdn. Bhd. dimana penulis akan menjalani latihan praktikal. Syarikat Maj idee Holding, banyak mendapat tender daripada projek-projek kerajaan dan salah satunya adalah Projek Pembinaan Pejabat Bomba di Mukim Tebrau yang mana penulis akan menghabiskan masa enam bulan iaitu sepanjang tempoh latihan praktikal disitu. Harga sebenar bagi projek itu adalah RM 30 juta tetapi telah dikurangkan kepada RM 19 juta. Hasil pemerhatian, mendapati bahawa perancangan kualiti projek bagi bangunan adalah tidak semudah yang disangkakan kerana banyak perkara yang perlu diikuti bagi menjamin tahap kualiti bangunan yang akan dibina. Ia melibatkan banyak pihak dan memerlukan pengawasan yang tinggi kerana ianya melibatkan kekuatan bangunan. Di dalam laporan ini juga, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi perkara berkaitan dengan perancangan kualiti projek, konkrit dan besi.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Samah, Ahmad Yazid 2007105565 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building inspection |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | pelan perancangan, kualiti projek, besi dan konkrit |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77566 |