Abstract
Pada tarikh 27 September 2022, hari Selasa, bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari, seramai sembilan orang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang diketuai oleh Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli telah mengadakan program khidmat masyarakat di sebuah institusi Pendidikan agama persendirian yang bernama Madrasah Az Zakirin yang terletak di Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Madrasah ini dimiliki dan diuruskan oleh individu yang bernama Ustaz Zakaria bin Talib dan mula beroperasi pada tahun 2007. Ketika ini madrasah ini mempunyai seramai 20 orang pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan menyediakan pengajian mata pelajaran agama seperti hafazan Al-Quran, pengajian kitab Islam dan ilmu kemahiran hidup seperti bercucuk tanam dan penternakan. Madrasah ini menyediakan kemudahan asrama kepada para pelajarnya. Disamping itu, madrasah ini juga menyediakan kelas-kelas pengajian agama kepada para penduduk sekitar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ramli, Ahmad Azman UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | gotong royong, Perpustakaan Madrasah Az Zakirin, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77556 |