Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) / Nurul Amalina Rashid

Rashid, Nurul Amalina (2012) Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) / Nurul Amalina Rashid. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pemasangan kamera litar tertutup (CCTV). Laporan ini dihasilkan berpandukan kepada pengalaman penulis selama 5 bulan menjalani Latihan Praktikal dan ditempatkan dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor. Laporan ini secara umumnya, dibahagikan kepada beberapa bahagian didahului dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Melalui hasil pemerhatian penulis, pemasangan CCTV adalah sangat rumit dan tidak semudah yang disangka. Pemilihan penempatan lokasi amat penting untuk pemasangan CCTV dan ditentukan dahulu sebelum kerja-kerja pemasangan CCTV dilakukan. Untuk kabel CCTV ia menggunakan kabel coaxial RG59 dan power kabel (positif dan negatif) kecuali kamera yang menggunakan wireless tidak menggunakan kabel tersebut dan hanya menggunakan bateri. Setiap CCTV yang akan dipasangkan akan disalurkan menggunakan kabel tersebut. Dan akhirnya, kabel akan disambungkan ke Monitor dan Digital Video Recorder (DVR). Selain itu, laporan ini juga turut menerangkan secara ringkas mengenai teori yang meliputi jenis-jenis dan komponen-komponen utama dalam pemasangan CCTV. Penulis juga turut menerangkan mengenai kaedah dan kerja-kerja pemasangan CCTV dengan lebih teliti dan jelas. Dengan ini, penulis dapat mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi tentang kaedah pamasangan CCTV dilakukan. Kesimpulannya, penulis mengharapkan agar pembaca dapat menggandakan lagi pengetahuan mereka mengenai kaedah pemasangan CCTV.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77546.pdf]
Text
77546.pdf
Download (11MB)
Indexing & Metrics