Abstract
Penyelidikan ini bertujuan mewujudkan satu prototaip kepada pembelajaran bistari yang dikenali sebagai Pengedit Bahasa Java Bistari (PJB). PJB merupakan satu pengedit kod-kod aturcara Java. Ciri-ciri bistari yang wujud pada pengedit ini ialah menyediakan persekitaran sistem tutor kepintaran, maklumat pop-up, animasi dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Strategi pengajaran yang ditekankan dalam pembangunan ini adalah menyediakan situasi pembelajaran yang interaktif dan bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar. Melalui pemarkahan dari soalan-soalan asas bahasa Java, setiap pengguna pengedit ini akan dikategorikan mengikut tahap pengguna awal atau pengguna pertengahan. Pelajar dalam kategori peringkat awal memerlukan cara persembahan fakta yang lebih terperinci, memerlukan lebih banyak bantuan dan panduan berbanding pelajar peringkat pertengahan. Pelajar yang berada pada peringkat pertengahan pula memerlukan cara persembahan fakta yang lebih ringkas dan padat. Kaedah penyelidikan ini melibatkan fasa analisis, rekabentuk dan pembangunan prorotaip. Pendekatan sebegini diharapkan mampu memberi sumbangan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan Java dengan lebih berkesan.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Zamlina UNSPECIFIED Abu Bakar, Noor Suriana UNSPECIFIED Othman, Zainab UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Team Member Omar, Roaimah UNSPECIFIED Team Member Loh Er Fu, David UNSPECIFIED Team Member Abu Bakar, Nor Raihan UNSPECIFIED Team Member Gafar@Abd Ghaffar, Siti Zuraina UNSPECIFIED Team Member Khamis, Muhamad Hanapi UNSPECIFIED Team Member Sah Allam, Siti Nurshahidah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Page Range: | p. 40 |
Keywords: | Prototaip; Java bistari; Pengedit |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77477 |