Sistem paparan ada - tiada automatik pada pintu / Kyairul Anuas Mohd, Zulkifli Nordin and Ismail Abdul Rashid

Mohd, Kyairul Anuas and Nordin, Zulkifli and Abdul Rashid, Ismail (1997) Sistem paparan ada - tiada automatik pada pintu / Kyairul Anuas Mohd, Zulkifli Nordin and Ismail Abdul Rashid. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Objektif projek ini adalah untuk memperbaiki serta mencari altematif penggunaan yang lebih baik bagi paparan ADA-TIADA pada pintu masuk individu tertentu. Individu yang menjadi sasaran sudah tentulah dari kalangan mereka yang amat mementingkan masa dan mungkin juga status dan imej, selain disasarkan untuk kegunaan awam, mahu pun sektor swasta dan korporat. Usaha telah dilakukan bagi memaksimumkan penggunaan sistem mekanikal sebagai teras rekacipta dan disokong penuh oleh sistem elektronik bagi menjadikan hasil rekaan ini lebih unik. Segala masalah serta kelemahan yang ada pada sistem paparan ADA-TIADA secara konvensional akan diperbincangkan secara ringkas serta dilanjutkan untuk menjadi asas kepada penjanaan idea bagi mewujudkan suatu kaedah paparan yang lebih memudahkan pengguna. Perlu juga diingat bahawa kami selaku penuntut dari Kejuruteraan Mekanikal dengan ini akan cuba mengupas atau menghuraikan beberapa prinsip serta pengoperasian beberapa komponen alat yang direkacipta sebaik mungkin, meskipun kami sebenamya menghadapi masalah untuk memahami serta menguasai serba sedikit ilmu pengetahuan elektronik bagi menyokong sistem paparan yang direkacipta. Diharapkan, dengan terhasilnya kajian untuk menjanakan sistem paparan ADA-TIADA automatik pada pintu ini, ia akan menarik minat individu yang berkenaan di samping 'terpanggil' untuk tampil mengemukakan cadangan-cadangan yang lebih mantap bagi memperbaiki rekacipta produk yang dicadangkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77402.pdf]
Text
77402.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics