Kajian terhadap masalah yang dihadapi oleh guru koir dalam mengajar koir di sekolah menengah di Negeri Selangor / Wan Shahrazuddin Wan Abdul Razak

Wan Abdul Razak, Wan Shahrazuddin (2000) Kajian terhadap masalah yang dihadapi oleh guru koir dalam mengajar koir di sekolah menengah di Negeri Selangor / Wan Shahrazuddin Wan Abdul Razak. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Kita telah didedahkan kepada irama yang dialunkan oleh ibu sejak kecil lagi semasa di dalam dakapan mereka. Senandung yang didendangkan menandakan yang kita berada di dalam keadaan yang selamat dalam pelukan mereka. Muzik didengar oleh semua insan di dunia ini. Sama ada sedar atau tidak, telinga kita dihalwakan dengan bunyi-bunyian dan ia memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang mendengar. Boleh dikatakan muzik merupakan satu elemen yang penting di dalam kehidupan seseorang insan. Muzik juga memainkan peranan dalam mendidik insan tanpa mengira budaya. Apabila kita mendengar lagu-lagu rakyat kita, kata-katanya penuh dengan nasihat. Kata-kata nasihatnya lebih kurang sama tetapi irama melodi lagu-lagu rakyat tersebut yang membezakannya dan irama-irama itu bagaikan "tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas". Ianya sentiasa segar di dalam ingatan setiap rakyat Malaysia. Lagu-lagu seperti "Rasa Sayang", "Tepuk Amai-Amai", dan "Dodoi Si Dodoi" dikenali oleh hampir semua rakyat Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77314.pdf]
Text
77314.pdf
Download (114kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics