Abstract
Selaras dengan kemajuan negara Malaysia sebagai negara yang baru merdeka pada tahun 1960-an, pendidikan muzik telah mula diperkenalkan di sekolah. Kewujudan muzik di sekolah-sekolah adalah selaras dengan perkembangan yang berlaku ke atas status ekonomi penduduk tempatan pada masa itu. Rakyat mula mempertimbangkan serta berfikir tentang kepentingan menjadikan muzik sebagai satu mata pelajaran wajib di sekolah (Johami Abdullah, 1997). Kesan daripada kesedaran itu maka pendidikan muzik telah dijadikan satu mata pelajaran pilihan dalam peperiksaan SRP pada tahun 1972. Walau bagaimanapun perkembangan ini tidak melibatkan semua sekolah. Sekolah yang telibat hanya sekolah-sekolah di kawasan bandar sahaja. Ekoran dari kemasukan mata pelajaran muzik ke dalam peperiksaan SRP, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) telah mengambil langkah menubuhkan jabatan muzik di mana tujuannya adalah untuk melatih guru-guru pendidikan muzik yang akan dapat memenuhi keperluan bagi guru-guru muzik yang berkemahiran dan berkelayakkan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Razaman, Norlina 2000208558 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohd Tahir, Ramona UNSPECIFIED |
Subjects: | M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Music in special education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Education |
Programme: | Bachelor Of Music Arts Education (Honor) |
Keywords: | guru muzik, lembah Klang, |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77313 |
Download
77313.pdf
Download (138kB)