Persepsi pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam terhadap muzik klasikal barat / Nor Heryanti Hashim

Hashim, Nor Heryanti (2000) Persepsi pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam terhadap muzik klasikal barat / Nor Heryanti Hashim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar-pelajar di IPTA terhadap muzik klasikal barat. Umumnya, muzik klasikal barat adalah muzik dari negara Eropah, namun begitu ianya diajar dalam bidang muzik. Oleh itu kajian ini ingin mengetahui dan mendapatkan pandangan pelajar-pelajar IPTA mengenai muzik ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah menggunakan seramai 30 orang subjek (N=30) iaitu 18 orang perempuan dan 12 orang lelaki. Pelajar-pelajar yang telibat dalam kajian ini adalah di antara pelajar yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UITM). Sampel yang digunakan adalah dari kalangan pelajar yang mengikuti kursus Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Kajian ini telah menggunakan borang kaji selidik bagi mendapatkan jawapan daripada pelajar. Sebanyak 20 soalan telah diajukan dan mereka hanya perlu menandakan jawapan berdasarkan kepada soalan yang ditanya. Pelajar pelajar perlu memilih jawapan mengikut skala likert iaitu 1 = Sangat tidak Besetuju, 2 = Tidak Bersetuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Bersetuju manakala 5 pula adalah Sangat Bersetuju. Keputusan kajian mendapati kebanyakkan pelajar menggemari muzik ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77215.pdf]
Text
77215.pdf
Download (132kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics