Pengeluaran Perakuan Pematuhan Siap (CCC) bagi projek perumahan di Tanjung Lumpur, Kuantan / Nor Syakila Nordin

Nordin, Nor Syakila (2012) Pengeluaran Perakuan Pematuhan Siap (CCC) bagi projek perumahan di Tanjung Lumpur, Kuantan / Nor Syakila Nordin. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai proses yang perlu dilakukan untuk mendapatkan perakuan dan pengeluaran sijil CCC. Proses yang menceritakan dari mulanya arkitek mengemukakan pelan dan melampirkan borang-borang yang perlu ada semasa proses pembinaan serta selepas proses pembinaan dijalankan. Pihak PSP haruslah mematuhi segala syarat yang ditetapkan berdasarkan Akta 133 mahupun syarat-syarat teknikal atau bukan teknikal yang berkaitan pembinaan sesebuah bangunan yang dibina. Jika pelaksanaan ini dipatuhi secara berperingkat, ia akan memudahkan kerja-kerja pembinaan sehingga ke peringkat akhir iaitu pemeriksaan CCC oleh pihak PBT bagi memastikan sesebuah bangunan yang dibina mengikut syarat yang ditetapkan serta mengelakkan daripada sebarang kemungkinan di atas kecuaian pihak PSP sendiri. Semasa proses pembinaan sesebuah bangunan dijalankan, terdapat beberapa masalah yang sering berlaku diatas kecuaian daripada pihak arkitek dengan mengeluarkan notis pemeriksaan CCC sebelum pembinaan siap sepenuhnya. Hal ini akan menyebabkan, pihak arkitek akan dikenakan denda iaitu membawa perkara itu untuk dipertimbangkan oleh pihak mahkamah. Maka, segala pertangguhan kerja pembinaan akan dikenakan oleh pihak PBT kepada pihak PSP. Oleh itu, laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci proses pengeluaran CCC setelah pelan yang dikemukan oleh PSP kepada OSC diluluskan sehingga proses pemeriksaan CCC akhir dilakukan oleh pihak PBT dan kriteria yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan sijil perakuan siap bagi sesebuah bangunan.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nordin, Nor Syakila
2010223566
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ahmad, Hayroman
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Yahaya, Noor Azam
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > House construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: pengeluaran perakuan pematuhan, projek perumahan
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77184
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77184.pdf] Text
77184.pdf

Download (30MB)

ID Number

77184

Indexing

Statistic

Statistic details