Kecacatan bangunan: jenis, punca dan prosedur / Muhammad Hafeez Amran

Amran, Muhammad Hafeez (2012) Kecacatan bangunan: jenis, punca dan prosedur / Muhammad Hafeez Amran. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dengan projek-projek baru dan antara projek ini adalah melibatkan projek pembinaan bangunan baru. Industri pembinaan dapat menjana ekonomi dan dapat memberi keuntungan kepada sesebuah firma. Namun begitu, terdapat sesetengah firma ini bertindak secara tidak profesional dengan menceburi bidang ini tanpa mengira spesifikasi yang telah ditentukan. Terdapat banyak aduan yang diterima mengenai kecacatan ke atas rumah yang dibeli, samada dari segi kualiti kerja mahupun bahan binaan yang digunakan. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji jenis-jenis kecacatan dan punca-punca yang kecacatan yang berlaku di dalam bangunan. Di samping itu, kepuasan pembeli di kawasan kajian selepas tempoh tanggungan kecacatan juga telah dikenalpasti. Hasil kajian menunjukkan, jenis-jenis dan punca-punca kecacatan ke atas bangunan dapat dikaji. Selain itu, berdasarkan kepada keputusan kajian, ketidakmahiran pekerja merupakan penyumbang terbesar kepada kecacatan dan kualiti bangunan. Sebagai langkah untuk mengurangkan masalah ini, pihak kontraktor dikehendaki menyediakan pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi dan juga berpengalaman di dalam bidang masing-masing.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77175.pdf]
Text
77175.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics