Kerja cerucuk 'micro piles' / Mohd Yafiz Abdul Aziz

Abdul Aziz, Mohd Yafiz (2010) Kerja cerucuk 'micro piles' / Mohd Yafiz Abdul Aziz. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai jenis cerucuk yang digunakan dalam industri pembinaan pada zaman sekarang. Hasil pemerhatian penulis mendapati bahawa cerucuk yang digunakan berbeza mengikut jururunding yang dilantik. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi asal usul penggunaan cerucuk, jenis cerucuk dan kegunaannya didalam industri pembinaan. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai cara-cara penanaman cerucuk jenis mikro. Semasa berada di tapak bina, penulis telah mengenalpasti beberapa jenis kaedah penanaman cerucuk dalam industri pembinaan dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Sebagai kesimpulannya, penulis berharap agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai jenis-jenis kaedah penanaman cerucuk, dan cara penanaman cerucuk jenis mikro di tapak bina secara praktikal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77167.pdf]
Text
77167.pdf
Download (32MB)
Indexing & Metrics