Kaedah pembinaan asas pad dan asas jalur / Muhammad Hamdi Omar

Omar, Muhammad Hamdi (2012) Kaedah pembinaan asas pad dan asas jalur / Muhammad Hamdi Omar. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Pembinaan asas merupakan unsur yang penting bagi mengukuhkan sesebuah bangunan pada kedudukan asalnya. Laporan ini menerangkan segala proses dan kaedah pembinaan asas. Pembinaan asas diterangkan secara terperinci dalam kajian kes yang dibuat. Ia dihasilkan berpandukan pengalaman dalam pembinaan selama lima bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan flat empat tingkat ini di daerah jajahan Kuala Krai. Laporan ini disertakan latar belakang syarikat MSO Corporation Sdn. Bhd. dan latar belakang projek pembinaan yang dilakukan oleh syarikat ini. Dalam laporan ini diterangkan secara mendalam kaedah pembinaan asas jalur dan asas pad serta peralatan, jentera dan bahan yang digunakan bagi flat empat tingkat ini. Ketika proses pembinaan sedang dilakukan terdapat beberapa masalah yang dapat dikenal pasti dan masalah tersebut disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Kesimpulannya laporan ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah pembinaan asas pad dan asas jalur sacara praktikal kepada pembaca.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77132.pdf]
Text
77132.pdf
Download (30MB)
Indexing & Metrics