Abstract
Di dalam meneruskan usaha-usaha mengubahsuaikan alat pemotong rumput ini, kami telah mendapat nasihat dan bimbingan dari penasihat projek iaitu Tuan Haji Ahmad Suhaimi Abd. Rahim. Langkah pertama yang kami buat ialah untuk menghidupkan semula enjin Vespa yang digunakan oleh alat pemotong rumput tersebut. Semasa kami memulakan projek ini, enjin tersebut tidak dapat dihidupkan. Setelah dibuat servis terhadap kaburator, enjin tersebut dapat berfungsi dengan sebaiknya. Perubahan besar yang telah kami lakukan ialah dengan merekabentuk sistem kerbeda (differential) dan kotak giar ( gear box) yang baharu dan disesuaikan dengan alat pemotong rumput tersebut. Di dalam projek kami ini, kerbeda agak penting bagi memudahkan mesin rumput tersebut boleh membelok terutamanya bagi menjalankan kerja di kawasan-kawasan yang agak sempit.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Isa, Mohamad Shafie 86307084 Zainal Abidin, Mohammed Idrun 86406401 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd. Rahim, Ahmad Suhaimi UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Keywords: | Pemotong rumput, gear box, sistem kerbeda |
Date: | 1990 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77040 |
Download
77040.pdf
Download (131kB)