Minat pelajar terhadap kursus di dalam mempengaruhi kehadiran ke kuliah / Prof Madya Halmi Zainol, Norhasandi Mat and Noor Roslinda Amir

Zainol, Halmi and Mat, Norhasandi and Amir, Noor Roslinda (2003) Minat pelajar terhadap kursus di dalam mempengaruhi kehadiran ke kuliah / Prof Madya Halmi Zainol, Norhasandi Mat and Noor Roslinda Amir. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Masalah minat pelajar terhadap kursus di dalam mempengaruhi kehadiran ke kuliah merupakan masalah yang telah lama menular dalam bidang pendidikan di negara kita. Permasalahan menular tidak kira diperingkat sekolah mahupun diperingkat institusi pengajian tinggi. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan berhubung masalah tersebut. Kajian meliputi pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Cawangan Perak, Kampus Sen Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Tujuan kajian dijalankan adalah bagi mengenalpasti minat pelajar terhadap kursus yang mempengaruhi kehadiran ke kuliah. Beberapa kaedah analisis telah digunakan iaitu Statistik Perihal, Statistik Inferensi, Analisis Persilangan (Crossstabulation), dan Analisis Pemberian Markah (Matrik) untuk mendapatkan hasil penemuan yang berkesan diperingkt cadangan. Setiap maklumat yang diperolehi kemudian akan di analisis mengikut struktur kepentingan dalam kajian. Penemuan hasil analisis mendapati beberapa faktor yang mempengaruhi masalah ketidakhadiran ke kuliah. Faktor-faktor tersebut adalah seperti kaedah pembelajaran, program serta kursus yang diambil. Faktor dorongan pelajar untuk hadir ke kuliah. Keadaan kemudahan dan persekitaran di dalam bilik kuliah. Permasalahan pelajar serta penampilan pensyarah. Seterusnya, berdasarkan kepada penemuan di peringkat analisis, cadangan lebih menjurus kepada cara mengatasi masalahmasalah yang dikenalpasti seperti cadangan mempertingkatkan kaedah pembelajaran, program serta kursus sediada, memperbaiki mutu keadaan dan persekitaran di dalam bilik kuliah, memotivasikan pelajar serta memberi pendedahan kaunseling berkenaan sikap permasalahan semasa pelajar, memberikan galakkan dan dorongan yang tinggi kepada pelajar untuk hadir ke kuliah serta memperbaiki mutu penampilan pensyarah agar dapat diterima oleh para pelajar. Seterusnya diharap cadangan ini mampu mempertingkatkan kehadiran pelajar ke kuliah.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainol, Halmi
UNSPECIFIED
Mat, Norhasandi
UNSPECIFIED
Amir, Noor Roslinda
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Student aid
L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) > Bureau of Research and Consultancy
Keywords: Minat pelajar, kehadiran, kuliah
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77000
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77000.pdf] Text
77000.pdf

Download (754kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

77000

Indexing

Statistic

Statistic details