Sistem batu-bata saling bertaut (IBS) / Muhammad Adam Mahmood

Mahmood, Muhammad Adam (2012) Sistem batu-bata saling bertaut (IBS) / Muhammad Adam Mahmood. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan kerja-kerja berkaitan sistem batu-bata saling bertaut. Dalam Pembinaan Bangunan (building construction), sistem batu-bata saling bertaut merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam industri pembinaan. Laporan ini dapat dihasilkan melalui pengalaman pelatih praktikal semasa ditempatkan di tapak Projek Pembinaan Rumah Banglow Satu Tingkat, Pontian, Johor Darul Takzim, selama lima bulan. Laporan ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pemahaman kepada sesiapa yang membacanya. Bahagian ini bermula dari bahagian pengenalan, latar belakang syarikat, teoritikal, kaedah pembinaan (praktikal), masalah dan langkah mengatasi dan kesimpulan. Kaedah kajian ini adalah merangkumi kajian teoritikal dari buku-buku dan sumber laman web, temubual dengan perseorangan yang berpengalaman dan kajian terus selama 5 bulan. Sepanjang pelatih praktikal berada di tapak bina, pelatih mendapati kerja-kerja pembinaan untuk kerja-kerja pemasangan batu-bata dalam sistem batu-bata saling bertaut ini tidak semudah yang disangkakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76952.pdf]
Text
76952.pdf
Download (24MB)
Indexing & Metrics