Pembinaan struktur kerangka atas bangunan (super structure) / Mazita Mohd Zain

Mohd Zain, Mazita (2003) Pembinaan struktur kerangka atas bangunan (super structure) / Mazita Mohd Zain. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Sepanjang latihan yang di jalankan, saya telah mendapat pengetahuan yang berkaitan dengan struktur atas bangunan (super structure). Struktur atas merupakan mana-mana unsur atau elemen yang terletak di atas lapisan kalis lembap lantai tingkat bawah. Tajuk ini menjadi tajuk kajian saya kerana melalui kajian ini saya dapat mengetahui cara-cara atau kaedah pembinaan yang terbaik bagi setiap elemen-elemen struktur atas. Untuk menjayakan lagi kajian ini saya telah mengemukakan tiga kaedah kajian iaitu kaedah pemerhatian, temuramah dan kaedah pembacaan. Melalui kaedah kajian ini saya mendapati pelbagai teknik atau kaedah yang boleh digunakan dalam sesuatu pembinaan struktur atas bangunan. Antaranya dari segi penggunaan dan pemasangan acuan samada menggunakan acuan besi atau kayu, ia bergantung kepada yang hendak digunakan oleh kontraktor binaan projek tersebut. Masalah yang biasa dan sering terjadi dalam pembinaan struktur atas bangunan ialah dari segi penggunaan bahan dan pemasangan kotak acuan yang tidak keras. Contoh penggunaan bahan yang menjadi masalah pada struktur atas bangunan ialah penggunaan konkrit yang telah siap dibancuh dimana masa yang diambil untuk sampai ke tapak bina mengambil masa yang lama dan ini memberi kesan kepada grade campuran konkrit yang dikehendaki. Bagi masalah pemasangan kotak acuan yang tidak kemas dan ketat ini kerana penggunaan buruh yang tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam pemasangan kotak acuan. Ini menyebabkan berlakunya kecacatan pada struktur atas bangunan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76941.pdf]
Text
76941.pdf
Download (33MB)
Indexing & Metrics