Kaedah pembinaan struktur kerangka bangunan / Mohd Aznin Zaini

Zaini, Mohd Aznin (2010) Kaedah pembinaan struktur kerangka bangunan / Mohd Aznin Zaini. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai pembinaan struktur kerangka bangunan yang berlaku di tapak bina semasa melakukan kerja. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat. SHAHAB BUILDERS AND ENGINEERING SDN. BHD. (SBESB) berdaftar dengan Pusat Perkhidmatan Kontraktor (PKK) dalam kelas A dan bertaraf Bumiputera. Hasil pemerhatian mendapati bahawa pembinaan struktur kerangka bangunan adalah tidak semudah yang disangkakan. Ia banyak melibatkan pihak dan proses pembinaan yang rumit. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi jenis-jenis dan komponen utama sesebuah kerangka bangunan. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kaedah yang terlibat dan digunapakai dalam pembinaan struktur kerangka bangunan dan diikuti dengan bahan-bahan yang digunakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76914.pdf]
Text
76914.pdf
Download (35MB)
Indexing & Metrics