Proses pembinaan semula bangunan / Nor Hanisah Bahrudin

Bahrudin, Nor Hanisah (2009) Proses pembinaan semula bangunan / Nor Hanisah Bahrudin. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Pembinaan semula sesebuah bangunan sering dilakukan pada masa kini akibat daripada kekurangan kawasan bagi tapak pembinaan yang baru. Selain daripada itu juga, sesebuah bangunan dibina semula di atas tapak yang sama adalah kerana untuk meningkatkan lagi taraf kualiti sesebuah bangunan tersebut. Di dalam kajian kes ini, proses pembinaan semula semula bangunan yang telah dikaji menerusi projek pembinaan semula bangunan Masjid India Muslim Klang yang mana masjid ini dibina ditengah-tengah kawasan bandar. Untuk melengkapkan kajian kes ini, beberapa kaedah telah digunakan iaitu temubual bersama pengurus projek dan penyelia tapak yang mengendalikan projek tersebut berpandukan penerangan dan menerusi beberapa keping foto semasa proses pembinaan dilakukan. Selain itu, kaedah pemerhatian dilakukan bagi melihat perbezaan proses pembinaan sebelum dan selepas ia dibuat. Rujukan daripada internet dan buku-buku telah dilakukan bagi memastikan kaedah pembinaan semula secara teori dan realitinya adalah sama. Secara kesimpulannya kaedah pembinaan semula bangunan mempunyai kaedah yang sama seperti kaedah pembinaan bangunan yang baru. Cuma, perbezaan diantaranya adalah dari segi kerja-kerja awalan yang mana kerja pembinaan semula bangunan memerlukan kerja-kerja meroboh bangunan lama yang sedia ada di atas kawasan pembinaan tersebut. Secara amnya, kajian kes ini memberi gambaran tentang kaedah pembinaan semula sesebuah bangunan. pembaca dapat mengetahui setiap cara kerja yang utama yang akan dilakukan bagi memastikan sesebuah projek itu berjaya disiapkan sehingga ke akhirnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76906.pdf]
Text
76906.pdf
Download (61MB)
Indexing & Metrics