Kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli / Khairin Nidzar Othman

Othman, Khairin Nidzar (2007) Kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli / Khairin Nidzar Othman. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman penulis selama enam bulan menyelia kerja-kerja berkenaan dengan struktur perancah di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada 7 bab dan dimulai dengan objektif laporan dan latar belakang syarikat iaitu Syarikat Alunan Asas Sdn. Bhd. Syarikat ini kini sedang menjalankan projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang. Hasil dari pemerhatian dan kajian, penulis mendapati bahawa proses pengendalian struktur perancah di tapak bina merupakan sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan kerana penggunaan perancah terdapat di setiap projek pembinaan. Laporan ini memfokuskan tentang peraturan dan piawaian yang digunapakai dalam proses pengendalian perancah. Di dalam laporan ini juga menerangkan mengenai kajian teoritikal berkenaan dengan struktur perancah meliputi fungsi-fungsi dan jenis-­jenis perancah. Kemudian diterangkan dengan lebih terperinci mengenai kaedah pengendalian perancah secara keseluruhannya tennasuk faktor keselamatan, pemasangan, pembukaan dan penyimpanan perancah. Semasa proses pengendalian dijalankan, penulis mendapati terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan penggunaan perancah di tapak bina. Laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah tersebut den menambahbaik penggunaan perancah. Kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli secara teoritikal dan praktikal.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Khairin Nidzar
2005434360
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Othman, Mohamad Hamdan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Yahya, Noor Azam
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: kaedah pengendalian perancah, jenis rangka tiub keluli, tapak bina
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76895
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76895.pdf] Text
76895.pdf

Download (48MB)

ID Number

76895

Indexing

Statistic

Statistic details