Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman penulis selama enam bulan menyelia kerja-kerja berkenaan dengan struktur perancah di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada 7 bab dan dimulai dengan objektif laporan dan latar belakang syarikat iaitu Syarikat Alunan Asas Sdn. Bhd. Syarikat ini kini sedang menjalankan projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang. Hasil dari pemerhatian dan kajian, penulis mendapati bahawa proses pengendalian struktur perancah di tapak bina merupakan sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan kerana penggunaan perancah terdapat di setiap projek pembinaan. Laporan ini memfokuskan tentang peraturan dan piawaian yang digunapakai dalam proses pengendalian perancah. Di dalam laporan ini juga menerangkan mengenai kajian teoritikal berkenaan dengan struktur perancah meliputi fungsi-fungsi dan jenis-jenis perancah. Kemudian diterangkan dengan lebih terperinci mengenai kaedah pengendalian perancah secara keseluruhannya tennasuk faktor keselamatan, pemasangan, pembukaan dan penyimpanan perancah. Semasa proses pengendalian dijalankan, penulis mendapati terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan penggunaan perancah di tapak bina. Laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah tersebut den menambahbaik penggunaan perancah. Kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli secara teoritikal dan praktikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Khairin Nidzar 2005434360 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED Thesis advisor Othman, Mohamad Hamdan UNSPECIFIED Thesis advisor Yahya, Noor Azam UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pengendalian perancah, jenis rangka tiub keluli, tapak bina |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76895 |