Proses penyediaan tapak bagi kerja-kerja infrastruktur / Maisilla Mutaza

Mutaza, Maisilla (2009) Proses penyediaan tapak bagi kerja-kerja infrastruktur / Maisilla Mutaza. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Proses penyediaan tapak bagi kerja-kerja infrastruktur adalah kerja yang dilakukan sebagai kerja awalan bagi pembinaan infrastruktur. Kerja penyediaan tapak ini adalah penting kerana kerja tersebut menjamin dan menentukan kualiti bagi pembinaan infrastruktur tersebut. Antara kerja-kerja yang terlibat semasa proses penyediaan tapak bagi kerja infrastruktur adalah seperti, seperti kelengkapan jalan raya, sistem saliran air longkang, perabot jalan, platform bangunan, kolam, sistem saliran kumbahan, dan lain-lain lagi. Memandangkan kerja infrastruktur ini adalah penyediaan tapak bangunan maka pembinaan Jalan adalah sehingga lapisan 'crusher run'. Begitu juga dengan Projek Kerja lnfrastruktur bagi Penyediaan Tapak Pembinaan Kompleks Pahang Halal Park, Gambang, Pahang yang sedang dikendalikan oleh pihak kontraktor Syarikat Pro-Arc Builders Sdn. Bhd. Pihak kontraktor tersebut telah melakukan proses penyediaan tapak bagi kerja-kerja infrastruktur mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Di mana dimulakan dengan kerja-kerja penyiasatan tanah dan tapak, persediaan pembinaan seperti pembersihan tapak serta pembinaan jalan dan bangunan sementara, kerja tanah yang melibatkan kerja pemotongan dan penambakan tanah, pembinaan sistem saliran air longkang, pembinaan jalan raya, penyediaan 'platform' bagi bangunan yang akan di bina disitu, penstabilan cerun seperti penanaman rumput, serta kerja-kerja pemasangan perabot jalan seperti pemasangan lampu jalan. Semasa proses penyediaan tapak bagi kerja-kerja infrastruktur dilakukan terdapat beberapa masalah telah timbul, antaranya adalah seperti mendapan tanah yang menyebabkan berlakunya dinding bata roboh dan jentera tenggelam semasa melakukan kerja tanah, kekuatan tanah yang kurang dan boleh menyebabkan binaan jalan tidak kukuh, selain itu berlakunya takungan air hujan di tapak projek di sebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mutaza, Maisilla
2006439482
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ahmad, Normila
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Othman, Mohamad Hamdan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: proses penyediaan tapak, kerja-kerja infrastruktur, pengurusan pembinaan
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76891
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76891.pdf] Text
76891.pdf

Download (37MB)

ID Number

76891

Indexing

Statistic

Statistic details