Kerja-kerja struktur atasan (superstructure) / Mohammad Najib Mohd Hashim

Mohd Hashim, Mohammad Najib (2008) Kerja-kerja struktur atasan (superstructure) / Mohammad Najib Mohd Hashim. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Kerja-kerja strukur atasan (superstructure) adalah elemen penting bagi menghasilkan struktur dan rupa bentuk sesebuah bangunan. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk menghasilkannya dan pelbagai masalah dihadapi. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah pembinaan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa pembinaan sebuah Balai Bomba Dan Penyelamat 2 Petak Simpang Pulai, Perak. Kaedah kajian yang dijalankan merangkumi dua kaedah iaitu secara primer dan sekunder. Kaedah kajian primer melibatkan pemerhatian dan pengalaman, perbualan serta pertanyaan. Manakala kaedah kajian sekunder meliputi media dan bahan rujukan sebagai garis panduan. Responden kepada kajian ini terdiri daripada kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam industri pembinaan terutamanya pihak kontraktor, konsultan dan pekerja-pekerja tapak binaan. Penemuan-penemuan yang dapat dikenal pasti berpunca daripada pihak pengurusan dan pekerja-pekerja yang tidak konsisten kepada kerja dan tidak memberi sebarang komitmen positif kepada proses pembinaan dijalankan. Masalah yang timbul sering diulangi walaupun perkara-perkara ini dapat diperbaiki dan dielakkan. Antaranya masalah semula jadi berkaitan cuaca, masalah tapak binaan seperti pembaziran konkrit, kotak acuan pecah, kecacatan "Honeycomb", dinding ikatan bata tidak lurus dan berlubang serta kelemahan laluan kenderaan. Kajian ini juga menyatakan penyelesaian yang perlu dititikberatkan bagi menangani masalah-masalah ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76890.pdf]
Text
76890.pdf
Download (57MB)
Indexing & Metrics