Abstract
Cerucuk merupakan bahan yang penting dalam pembinaan, ianya diperlukan bagi menggantikan penggunaan asas-asas cetek yang tidak dapat menanggung beban besar daripada struktur bangunan dan ia sesuai untuk menyebarkan beban yang besar daripada struktur bangunan ke dalam tanah. Cerucuk konkrit dihadkan kepada cerucuk konkrit bertetulang segiempat tepat. Ia adalah berdasarkan kepada pengalaman yang telah dilalui selama enam bulan menjalani latihan praktikal, juga di ambil dari teori-teori yang terdapat di dalam buku-buku rujukan serta maklumat yang terdapat di dalam internet. Selain itu, melalui bantuan serta tunjuk ajar daripada jurutera dan juruteknik yang terlibat dengan kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit bertetulang segiempat tepat. Pada bahagian awal laporan ini menerangkan tentang latar belakang syarikat. Daripada pemerhatian dan kajian yang dibuat, proses-proses yang terlibat semasa kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit bertetulang segiempat tepat adalah penting dan perlu diberi perhatian. Terdapat dua proses yang terlibat untuk mengetahui keadaan sebenar struktur tanah di tapak pembinaan kuarters persekutuan JKR, antaranya ialah mengadakan ujian beban dan merekodkan bacaan yang diambil.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Nor Azlaily 2005434664 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Ali, Wan Nordiana UNSPECIFIED Thesis advisor Othman, Mohamad Hamdan UNSPECIFIED Thesis advisor Yahya, Noor Azam UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | penanaman cerucuk konkrit bertetulang, segiempat tepat, pembinaan asas |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76861 |