Abstract
Laporan ini mengandungi segala butir-butir mengenai projek yang kami jalankan iaitu mereka bentuk dan membina mekanisme kunci untuk jaring besi tingkap tanpa menggunakan anak kunci atau kunci. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian di mana setiap bahagian akan menerangkan aspek bahagian masing-masing dari pendahuluan hingga kesimpulan dan cadangan serta rujukan. Pendahuluan projek ini ialah kaedah sedia ada bagi kunci dan selak (lock and Latchs) yang banyak digunakan dirumah dimana kesemuanya menggunakan anak kunci untuk membuka dan tutup. Setelah masalah masalah tempatan tentang pemasangan jaring tingkap diketahui, baharulah proses selanjutnya dilakukan iaitu membuat cadangan cadangan supaya masalah yang timbul boleh diselesaikan atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan dengan kaedah rekabentuk mekanisme. Bahagian seterusnya ialah membuat pemilihan rekabentuk yang sesuai yang boleh dipasang pada Jaring besi tingkap. Pilihan rekabentuk yang dibuat pada projek ini ialah dengan mengubahsuai sebuah sistem kunci yang ada di pasaran(Mortice Door Lock) di mana ia menggunakan anak kunci untuk membuka dan menutup, diubahsuai supaya ia hanya boleh di buka dan tutup dengan menggunakan sistem kabel dan dengan tindakan spring mampatan(Compression Spring). Kemudian dalam bahagian perbincangan diterangkan tentang masalah masalah yang timbul semasa menentukan mekanisme yang paling sesuai untuk dipilih dan seterusnya semasa pembinaan model dibuat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sarif, Yahya 86189401 Wan Abdul Rahman, Wan Muhammad Nor Ismadi 85537773 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ow, Chee Sheng UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma in Mechanical Engineering |
Keywords: | Kunci dan selak, jaring besi tingkap, sistem kunci |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76799 |
Download
76799.pdf
Download (882kB)