Pelebaran jambatan (superstruktur) / Nor Aida Rafidah Abdul Razak

Abdul Razak, Nor Aida Rafidah (2008) Pelebaran jambatan (superstruktur) / Nor Aida Rafidah Abdul Razak. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Secara ringkasnya, Laporan ini menerangkan mengenai proses pelebaran jambatan bahagian superstruktur yang terdiri daripada tiang sambut, papak geladak dan juga tembok tepi. Laporan ini dihasilkan sepanjang pemerhatian dan pembelajaran saya semasa menjalani latihan praktikal dalam masa 6 bulan. Laporan ini bermula dengan objektif kajian, latar belakang syarikat yang terdiri daripada sejarah penubuhan syarikat, carta organisasi dan projek-projek yang telah siap dijalankan oleh syarikat tersebut. Kemudian diikuti oleh pengenalan mengenai jambatan, komponen yang terdapat pada jambatan, jenis-jenis komponen tersebut dan penyediaan bahan dalam proses pembinaan jambatan. Setelah mengkaji perkara yang berkaitan tentang jambatan, saya memilih tajuk pelebaran jambatan bahagian superstruktur sebagai bahan kajian secara praktikal kerana saya berminat untuk mengetahui proses pelebaran yang dijalankan. Oleh itu, saya menyediakan proses-proses pelebaran jambatan bahagian superstruktur, jentera yang terlibat serta sedikit maklumat yang berkaitan tentang pelebaran jambatan tersebut. Setelah mengkaji dan melihat sendiri proses pembinaan tersebut, saya mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa proses pelebaran tersebut dijalankan seperti masalah cuaca, masalah pengurusan lalulintas, keselamatan pekerja dan lain-lain lagi. Namun begitu, setiap masalah yang dihadapi perlulah mencari jalan penyelesaiannya. Oleh itu beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah ini daripada berleluasa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76794.pdf]
Text
76794.pdf
Download (46MB)
Indexing & Metrics