Kaedah pembinaan sistem binaan berindustri (pasang siap) / Nor Syahidahtul Ariffah Ismail

Ismail, Nor Syahidahtul Ariffah (2009) Kaedah pembinaan sistem binaan berindustri (pasang siap) / Nor Syahidahtul Ariffah Ismail. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang digunakan di dalam Sistem IBS terutamanya jenis pasang siap. la dihasilkan berpandukan daripada pengalaman penulis selama enam (6) bulan menjalani latihan amali disalah sebuah syarikat kontraktor kelas A iaitu HE-CON SDN. BHD. yang menggunakan kaedah sistem pasang siap. Laporan ini terbahagi kepada tujuh (7) bab dimana ia dimulakan dengan bab pengenalan kajian, latarbelakang syarikat, kajian secara teoritikal, proses pembuatan kompenan IBS dikilang, pemasangan di tapak bina, masalah yang timbul, cara mengatasi dan kesimpulan. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan, penulis mendapati sistem ini tidaklah semudah yang disangka, dimana pelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam menghasilkannnya. Melalui laporan ini juga penulis ada menerangkan secara terperinci mengenai sistem binaan berindustri dari segi jenis-jenisnya, kompenan utama, proses pemasangan, pengangkutan dan peralatan yang digunakan serta beberapa masalah yang dapat dikenalpasti dan cara terbaik untuk mengatasinya. Kesimpulan yang boleh dibuat, penulis berharap agar laporan amali yang dihasilkan melalui pengalaman penulis ini dapat dijadikan sebagai rujukan dimasa akan datang dan dapat menambah serba sedikit ilmu pengetahuan kepada para pembaca.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76793.pdf]
Text
76793.pdf
Download (67MB)
Indexing & Metrics