Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang digunakan di dalam Sistem IBS terutamanya jenis pasang siap. la dihasilkan berpandukan daripada pengalaman penulis selama enam (6) bulan menjalani latihan amali disalah sebuah syarikat kontraktor kelas A iaitu HE-CON SDN. BHD. yang menggunakan kaedah sistem pasang siap. Laporan ini terbahagi kepada tujuh (7) bab dimana ia dimulakan dengan bab pengenalan kajian, latarbelakang syarikat, kajian secara teoritikal, proses pembuatan kompenan IBS dikilang, pemasangan di tapak bina, masalah yang timbul, cara mengatasi dan kesimpulan. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan, penulis mendapati sistem ini tidaklah semudah yang disangka, dimana pelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam menghasilkannnya. Melalui laporan ini juga penulis ada menerangkan secara terperinci mengenai sistem binaan berindustri dari segi jenis-jenisnya, kompenan utama, proses pemasangan, pengangkutan dan peralatan yang digunakan serta beberapa masalah yang dapat dikenalpasti dan cara terbaik untuk mengatasinya. Kesimpulan yang boleh dibuat, penulis berharap agar laporan amali yang dihasilkan melalui pengalaman penulis ini dapat dijadikan sebagai rujukan dimasa akan datang dan dapat menambah serba sedikit ilmu pengetahuan kepada para pembaca.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Nor Syahidahtul Ariffah 2006121135 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abd Rashid, Mohd Najib UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pembinaan, system binaan berindustri, pasang siap |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76793 |