Kaedah pembinaan tembok penahan jenis "cantilever wall" / Muhamad Aliff Shaari

Shaari, Muhamad Aliff (2009) Kaedah pembinaan tembok penahan jenis "cantilever wall" / Muhamad Aliff Shaari. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan kajian ini telah disiapkan oleh penulis dengan jayanya hasil daripada menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat kontraktor, DTP Development Sdn. Bhd. Selama enam bulan menjalani latihan praktikal, penulis ditempatkan di tapak bina bagi pembinaan Kuarters Kediaman Polis Alar Akar yang terletak di Kuantan. Penulis banyak didedahkan mengenai kerja-kerja pembinaan struktur bangunan dan kerja infrasruktur di tapak pembinaan tersebut. Hasil kajian penulis ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang prosedur dan kaedah pembinaan tembok penahan jenis 'Cantilever Wall'. Penulis juga ingin merungkai mengenai jenis tembok penahan yang biasa digunakan dalam industri pembinaan dan faktor-faktor pemilihan tempat bagi membina tembok penahan. Bagi menyiapkan laporan kajian ini, penulis telah mendapatkan maklumat hasil daripada menemuramah individu, melayari internet dan buku-buku rujukan serta pemerhatian penulis sendiri. Semasa mencari maklumat berkenaan tembok penahan, penulis telah mempelajari teknik menemuramah seseorang individu dan juga penulis ingin memberitahu bahawa buku-buku rujukan, internet dan pemerhatian sendiri amat membantu dalam menyiapkan laporan tentang tembok penahan ini. Antara matlamat laporan kajian ini adalah untuk mengkaji tentang pembinaan tembok penahan dengan lebih terperinci.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76792.pdf]
Text
76792.pdf
Download (45MB)
Indexing & Metrics