Masalah pembaziran bahan binaan di tapak bina / Nur Hidayah Idris

Idris, Nur Hidayah (2007) Masalah pembaziran bahan binaan di tapak bina / Nur Hidayah Idris. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Dalam industri pembinaan, bahan binaan meliputi sebahagian besar kos projek dan dijangka kos bahan akan terus meningkat memandangkan pasaran yang kurang mantap dan perubahan teknologi pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sesuatu projek pembinaan, mempelajari teknik pengurusan bahan yang sering dipraktikkan ditapak bina, mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran dan langkah-­langkah untuk mengurangkan pembaziran bagi baban binaan utama. Pembaziran bahan binaan berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah pengurus projek yang kurang berpengalaman, susun atur tapak bina yang tidak terancang, pemilihan pembekal bahan yang tidak sesuai, kualiti bahan yang rendah, kecurian di tapak bina dan sebagainya. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan pembaziran bahan binaan seperti menyediakan susun atur tapak yang terancang, menyediakan proses penjadualan bahan dan pembelian yang terancang, pengendalian bahan yang berkesan, menyediakan sistem penyimpanan bahan yang selamat dan sesuai, mengamalkan kaedah penghantaran "Just in Time" dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76784.pdf]
Text
76784.pdf
Download (82MB)
Indexing & Metrics