Abstract
Dalam industri pembinaan, bahan binaan meliputi sebahagian besar kos projek dan dijangka kos bahan akan terus meningkat memandangkan pasaran yang kurang mantap dan perubahan teknologi pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sesuatu projek pembinaan, mempelajari teknik pengurusan bahan yang sering dipraktikkan ditapak bina, mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran dan langkah-langkah untuk mengurangkan pembaziran bagi baban binaan utama. Pembaziran bahan binaan berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah pengurus projek yang kurang berpengalaman, susun atur tapak bina yang tidak terancang, pemilihan pembekal bahan yang tidak sesuai, kualiti bahan yang rendah, kecurian di tapak bina dan sebagainya. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan pembaziran bahan binaan seperti menyediakan susun atur tapak yang terancang, menyediakan proses penjadualan bahan dan pembelian yang terancang, pengendalian bahan yang berkesan, menyediakan sistem penyimpanan bahan yang selamat dan sesuai, mengamalkan kaedah penghantaran "Just in Time" dan sebagainya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Idris, Nur Hidayah 2005196529 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | masalah pembaziran, bahan binaan, tapak bina |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76784 |