Analisis kehidupan penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan, Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan / PM. Zulkarnain Yusoff ... [et al.]

Yusoff, Zulkarnain and Wan Mamat, Wan Fauzi and Tuan Hassan, Tuan Mohd Rosli and Che Mat, Nik Abdullah Zawawi (2008) Analisis kehidupan penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan, Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan / PM. Zulkarnain Yusoff ... [et al.]. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kehidupan warga emas di Rumah Seri Kenangan, Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Dalam kata lainnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui cara kehidupan seharian, perspsesi dan emosi penghuni di Rumah Seri Kenangan. Selain itu, sistem pengurusan makanan kemudahan yang disediakan juga turut dikaji kerana faktor ini mempengaruhi keselesaan setiap warga emas yang menghuni di Rumah Seri Kenangan. Oleh itu, kajian ini adalah penting untuk mengetahui tahap kepuasan hati penghuni-penghuni terhadap kehidupan mereka dan sistem pengurusan di Rumah Seri Kenangan, Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seramai 80 orang penghuni yang menghuni di Rumah Seri Kenangan telah dipilih mewakili 40 orang lelaki dan 40 orang wanita. Data terkumpul ini berdasarkan data primer dan sekunder. Selain itu, kami menggunakan 'convenience sampling' sebagai teknik persampelan. Kaedah data terkumpul yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian dan borang kaji selidik. Secara amnya responden warga emas di hantar ke Rumah Seri Kenangan bukan atas paksaan atau dorongan daripada anak-anak mereka sendiri atau dari pihak-pihak tertentu malah di atas kehendak diri mereka sendiri. Majoriti responden warga emas menganggap kehidupan sebagai penghuni di Rumah Seri Kenangan lebih tenang dan aman berbanding kehidupan di luar bersama anak-anak. Dalam erti kata lain, mereka lebih selesa tinggal bersendirian tanpa gangguan orang lain khususnya cucu-cucu mereka sendiri. Tidak ketinggalan juga di sini kami dapat nyatakan sistem pengurusan dan kemudahan di Rumah Seri Kenangan memuaskan hati semua warga-warga emas.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusoff, Zulkarnain
UNSPECIFIED
Wan Mamat, Wan Fauzi
UNSPECIFIED
Tuan Hassan, Tuan Mohd Rosli
UNSPECIFIED
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community centers. Social centers
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Older people. Gerontology (Social aspects)
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Keywords: Rumah Seri Kenangan, kehidupan dan warga emas
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76772
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76772.pdf] Text
76772.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

76772

Indexing

Statistic

Statistic details