Abstract
Pelajaran merupakan aspek penting di dalam penghidupan manusia. Boleh dikatakan semua orang bersetuju jika disyorkan bahawa di antara agenda utama yang sepatutnya diberi penekanan oleh setiap individu di dalam hidup mereka ialah pelajaran. Kita mempercayai bahwa untuk mepertingkatkan kedudukan (martabat) sama ada dari sudut negara, bangsa, masyarakat, keluarga maupun individu, pelajaranlah yang merupakan ejen perubah yang berkesan. Namun begitu apa yang menjadi tanda tanya bagi kebanyakan orang ialah, adakah semua orang dapat mencapai tahap akademik yang tinggi terutamanya apabila dibuat perbandingan di antara golongan yang berada dan yang kurang berada. Oleh itu objektif utama dari kajian ini adalah;
i. Untuk melihat sama ada terdapat perhubungan di antara tingkat pendapatan dengan kemajuan akademik pelajar.
ii. Untuk memberi garis panduan kepada setiap keluarga tentang apakah keutamaan yang sepatutnya diberikan untuk mencapai kejayaan akademik anak-anaknya.
iii. Sebagai garis panduan kepada pembuat dan pelaksana dasar kerajaan yang berkaitan dengan pendidikan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yacob, Jusoh UNSPECIFIED Zakaria, Mohd. Zaki UNSPECIFIED Nik Abdul Majid, Nik Badrul Alam UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy |
Keywords: | Kajian korelasi, pencapaian akademik pelajar, pelajaran, pendapatan ibubapa |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76771 |
Download
76771.pdf
Download (3MB)