Pembinaan struktur kerangka bangunan / Mohamad Syamir Md Deris

Md Deris, Mohamad Syamir (2007) Pembinaan struktur kerangka bangunan / Mohamad Syamir Md Deris. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan struktur kerangka bangunan. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah dilalui oleh penulis selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Penulis telah menjalani latihan praktikal ini di syarikat HBS Constructions Sdn. Bhd. Hasil pemerhatian penulis, didapati bahawa pembinaan struktur kerangka bangunan untuk projek ini iaitu untuk Blok Pentadbiran melibatkan beberapa proses. Proses pembinaan struktur blok ini melibatkan banyak pihak dan proses pembinaan yang agak rumit. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi jenis-jenis struktur rumah dan penggunaan konkrit. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kaedah yang terlibat dan digunapakai dalam pembinaan struktur bangunan dua tingkat yang merangkumi dari pembinaan lantai bawah sehingga rasuk bumbung.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76749.pdf]
Text
76749.pdf
Download (62MB)
Indexing & Metrics