Abstract
Industri pembinaan jambatan berkembang pesat pada masa kini seiring dengan kemajuan teknologi kejuruteraan dan pembinaan di Malaysia. Kepentingan pembinaan, pengubahsuaian dan penggunaan jambatan adalah meningkat kerana terdapat semakin banyak laluan diperlukan untuk membolehkan sistem pengangkutan dan kehidupan seharian berjalan lancar dan berkesan. Pembinaan jambatan adalah merangkumi beberapa situasi ataupun keadaan iaitu pembinaan merentasi jalan-jalan ataupun lebuhraya, pembinaan jambatan di atas sungai, parit, selat ataupun air, dan juga pembinaan jambatan yang dilakukan di lokasi tinggi seperti menghubungkan dua buah bangunan pencakar langit. Oleh itu, kaedah pembinaan sub-struktur dan komponen jambatan adalah bergantung pada jenis jambatan dan juga lokasi ataupun keadaan tapak pembinaan jambatan tersebut. Kajian yang akan dilakukan ini adalah untuk menerangkan jenis jambatan dan lokasi jambatan dibina dan juga prosedur pembinaan yang dijalankan untuk membina substruktur sebuah jambatan merentasi sebatang sungai. Kaedah yang digunakan dalam menyempurnakan kajian ini adalah seperti membuat pemerhatian, rujukan, pertanyaan, pembacaan, menemubual dan juga melayari laman web. Pembinaan jambatan ini tidak terkecuali daripada masalah-masalah seperti masalah cuaca, yang kerap hujan, banjir yang melanda dan juga masalah lalu lintas. Pembinaan jambatan ini dapat dijalankan dengan lancar dan cepat dengan mempraktikkan kaedah-kaedah dan juga pengurusan pembinaan yang cepat, sesuai dan efektif.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mussori, Muhammad Maziz 2006651452 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abdullah Halim, Anas Zafirol UNSPECIFIED Thesis advisor Othman, Mohamad Hamdan UNSPECIFIED Thesis advisor Rusin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TG Bridge engineering > Footbridges |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | prosedur pembinaan, sub-struktur jambatan, komponen jambatab |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76747 |