Abstract
Kursus asas pengaturcaraan merupakan salah satu kursus keperluan universiti yang perlu diambil oleh pelajar dari aliran Sains Tulen dan Kejuruteraan selain dari pelajar yang major dalam bidang Sains Komputer. Pelajar wajib lulus kursus ini bagi tujuan pengijazahan. Cabaran adalah agak mencabar untuk mengajar kursus pengaturcaraan khususnya pelajar-pelajar dari bidang Sains Tulen dan Kejuruteraan (Abid 2011). Memandangkan kursus pengaturcaraan adalah kursus bukan teras, maka kebanyakan pelajar tidak sangat memberi perhatian akan kepentingan kursus ini dalam bidang pengajian masing-masing. Antara alasan lain yang diberikan oleh pelajar adalah sukar untuk memahami konsep pemprograman bahkan tidak dapat menggambarkan logik bagaimana untuk menulis program menggunakan bahasa pengaturcaraan tertentu berdasarkan penyataan masalah yang diberikan (Othman 2016). Artikel ini secara ringkas akan berkongsi idea bagaimana kaedah yang mudah untuk
pelajar memahami logik dan seterusnya pelajar mampu menulis program mengikut langkah yang diperkenalkan dalam Kitar Hayat Pembangunan Pengaturcaan (Programming Development Life Cycle – PDLC).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Jamal jamalothman@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Hamat, Muniroh UNSPECIFIED UNSPECIFIED Kadar, Rozita UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Programming languages (Electronic computers) Q Science > QA Mathematics > Computer literacy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Teaching and Learning in Higher Education (TLHE) |
ISSN: | 9789670841861 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 23-30 |
Keywords: | Sains tulen, kejuruteraan, artikel |
Date: | June 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76746 |