Prosedur-prosedur yang dijalankan oleh industri pembinaan mengikut MS ISO 9000:2000 / Ahmad Tarmimi Adnan

Adnan, Ahmad Tarmimi (2008) Prosedur-prosedur yang dijalankan oleh industri pembinaan mengikut MS ISO 9000:2000 / Ahmad Tarmimi Adnan. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Di dalam sesuatu industri pembinaan, untuk: mendapatkan mutu pembinaan yang berkualiti, perlaksanaan sistem pengurusan kualiti yang baik dan berkesan haruslah diamalkan, dimana ia melibatkan prosedur-prosedur terkandung di dalam MS ISO 9000:2000. Di mana, prosedur-prosedur dan keperluan-keperluan standard untuk mencapai suatu sistem pengurusan kualiti adalah bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi menepati kehendak pelanggan seiring dengan objektif organisasi tersebut ditubuhkan. Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan keperluan dokumentasi bagi sistem pengurusan kualiti MS ISO 9000:2000 serta mengenalpasti prosedur-prosedur yang dijalankan oleh industri pembinaan mengikut MS ISO 9000:2000 terutamanya bagi syarikat CMS CONSTRUCTION SDN. BHD. Secara ringkasnya, prosedur-prosedur yang dijalankan oleh industri pembinaan mengikut MS ISO 9000:2000 merupakan suatu cara kerja yang teratur. Di mana ianya dijalankan mengikut alirannya yang tersendiri. Selain itu, prosedur yang di jalankan merangkumi kesemua bahagian yang terdapat di dalam sesuatu organisasi dalam erti kata lainnya prosedur yang dijalankan untuk sesuatu projek dijalankan sebelum hingga selesai sesuatu projek itu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76725.pdf]
Text
76725.pdf
Download (95MB)
Indexing & Metrics