Abstract
Sistem pencegahan kebakaran bukanlah satu sistem yang baru dalam sesebuah bangunan yang dibina. la merupakan sistem penting yang dipasang dalam sesebuah bangunan. Sesebuah bangunan yang akan diduduki mestilah dilengkapi dengan keselamatan yang terbaik untuk melindungi penghuni sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui tentang pencegahan kebakaran di sekolah kerajaan dan sekolah swasta. Kajian ini dijalankan kerana disebabkan isu berlakunya kebakaran di sekolah. Objektif kajian ini adalah mengkaji jenis peralatan pencegahan kebakaran yang digunakan di sekolah,mengkaji bagaimana prosedur penyelenggaraan dijalankan di sekolah, mengkaji masalah yang sering berlaku pada sistem pencegahan kebakaran di sekolah dan memberi cadangan penambahbaikan pada sistem pencegahan kebakaran di sekolah.Segala sistem pencegahan kebakaran dan sistem pencegahan kebakaran di sekolah diterangkan di dalam bab 2 dan 3. Dua kajian kes telah dilakukan iaitu sekolah kerajaan (3 buah sekolah) dan sekolah swasta (3 buah sekolah). Maklumat mengenaikajian kes iaitu latarbelakang, lokasi dan maklumat yang berkaitan diterangkan didalam bab 4. Segala maklumat daripada borang soalselidik yang diedarakan kepada30 responden setiap sekolah, temubual bersama wakil sekolah dan pemerhatian serta tinjauan ke sekolah akan dikumpul dan di analisa di dalam bab 5. Kesimpulan terhadap kajian dilakukan berpandukan analisa yang telah dibuat. Segala objektif kajian akan dirumuskan di dalam bab 6. Selain itu cadangan penambahbaikan system pencegahan kebakaran di sekolah diterangkan di dalam bab ini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kasrin, Hasrul Nizam 2006131269 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Hashim, Ahmad Ezanee UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian ) |
Keywords: | Pencegahan, kebakaran, sekolah |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76513 |
Download
76513.pdf
Download (1MB)