Abstract
Industri pelancongan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri Melaka dalam tempoh kedua -Rancangan Malaysia Keempat berdasarkan potensinya sebagai sebuah negeri yang memiliki kesan peninggalan sejarah ketamadunan bangsa dan tempat-tempat rekreasi dan peranginan yang menarik. Sejak tahun 1982 hinggalah kini berbagai projek dan program telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk memajukan industri pelancongan dan mencapai matlamat peabangunan ekonomi. Pembangunan infrastruktur, kamsan-kawasan pelancongan dan rekreasi serta pengekalan kesan-kesan sejarah ketamadunan bangsa di negeri ini sesungguhnya satu galakkan terhadap perkembangan ekonomi Negeri Melaka. Berbagai-bagai industri tempatan seperti industri perhotelan, pembuatan dan makanan dapat diperkembangkan. Lantas secara tidak langsung industri ini telah menggerakkan pula aktiviti-aktiviti ekonomi seperti membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang berniaga di kalangan penduduk tempatan. Di samping itu ia juga dapat memberikan peluang kepada pengusaha, peniaga dan penduduk tempatan untuk meningkatkan jumlah pendapatan dan taraf hidup mereka. Mamun begitu industri pelancongan ini juga telah mewujudkan kesan-kesan negatif seperti pelacuran, pengemis dan pendatang haram yang boleh memberi kesan kepada sosio-budaya dan sosio ekonomi penduduk tempatan.Melalui penyelidikan ini dapatlah dikatakan bahawa strategi pembangunan ke atas industri pelancongan masih boleh dipertingkatkan dan adalah diharapkan agar penyelidikan ini akan dapat memberi panduan serta pandangan yang berfaedah untuk dilaksanakan baik di peringkat Kerajaan Pusat mahupun di peringkat Kerajaan Negeri dan agensi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kemin, Ahmad UNSPECIFIED Mawasi, Rusli UNSPECIFIED Mat, Ibrahim UNSPECIFIED Ranting, Abdul Jalil UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Musa UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Industri pelancongan; Pembangunan ekonomi; Melaka |
Date: | 1988 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76225 |
Download
76225.pdf
Download (2MB)