Punca-punca penceraian masyarakat Islam Daerah Jasin / Ahmad Abu Bakar, Nazir Idris dan Abd. Rahim Latun

Abu Bakar, Ahmad and Idris, Nazir and Latun, Abd. Rahim (1989) Punca-punca penceraian masyarakat Islam Daerah Jasin / Ahmad Abu Bakar, Nazir Idris dan Abd. Rahim Latun. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Sebagaimana yang kita ketahui, kehidupan manusia adalah serupa, walau di mana mereka berada. Hanya yang berbeza adalah agama, kebudayaan, bahasa dan adat istiadat. Tetapi hidup, mati dan kahwin adalah ketetapan dari Allah s.w.t. Begitu juga penceraian berlaku di mana-mana saja, samada masyarakat Islam ataupun masyarakat bukan Islam: dan seterusnya masalah ini tetap berlaku khasnya di dalam masyarakat Islam Daerah Jasin. Walaupun terdapat program-program ceramah agama, kursus- kursus perkahwinan dan kelas-kelas Fardhu Ain yang diadakan di mesjid-mesjid namun bagitu penceraian masih tetap berlaku malahan pertambahannya sangat ketara sekali. Ini berkemungkinan ada satu-satu sebab yang seharusnya di lihat akan sebab-sebab yang membawa kepada penceraian. Dan apakah kesan-kesan atau implikasinya apabila berlaku penceraian. Mungkinkah anak-anak mangsa penceraian tersebut akan menjadi beban kepada negara dan masyarakat dan bagaimana pula reaksi kekeluargaan anatara kedua belah pihak atau mungkinkah terputusnya jembatan silatur rahim antara mereka. Persoalan ini harus dilihat dari dekat untuk memastikan satu jawaban yang tepat dan konkrit. Adalah menjadi harapan kami, semoga melalui kajian ini kami akan dapat menonjolkan punca-punca penceraian, kesan-kesannya dan langkah untuk mengatasi masalah penceraian ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 75967.pdf]
Text
75967.pdf
Download (132kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics