Abstract
Pasukan polis yang wujud di setiap negara adalah kerana adanya kehendak dan keperluan masyarakat untuk menegakkan keamanan serta ketenteraman di dalam negara. Justeru itu, pasukan polis memainkan peranan penting dalam penguatkuasaan undang-undang demi memastikan kesejahteraan keseluruhannya. Melihat dalam konteks yang lebih luas, pasukan polis sebenarnya nenainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara di samping menjalankan tanggungjawab dalam aspek keselamatan. Unit Polis Trafik merupakan salah satu daripada cabang pasukan Polis Di Raja Malaysia. Pada mulanya ia dikenali sebagai Polis Cawangan Lalulintas sebelum ditukar nama kepada Polis Trafik pada tahun 1993. Unit Polis Trafik terletak dibawah pemerhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN). Bidangkuasa polis trafik secara umumnya tidak hanya mengendalikan kes-kes kemalangan jalanraya dan mengawal laulintas, tetapi ia turut mempunyai bidang tugas yang sama seperti anggota polis yang lain sepeti menangkap penjenyah atau orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Perlaksanaan tugas Unit Polis Trafik termaktub di bawah Akta Polis 1967: Sekyen 20 Mengenai tugas-tugas am polis seperti menalankan penyiasatan, risikan, dakwaan, mengekalkan ketenteraman awam, menyelamatkan nyawa, menangkap semua orang yang disyaki dan lain-lain.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Wahab, Adi Azam 96799216 Ahmad Baharul Ulum, Ahmad Fakhzan 96457204 Samsudin, Meor Zamharil 96712737 Yunus, Mohd Faizal 96666103 Yunus, Mohd Hamdan 96528899 Mat Hashim, Zaheruddin 96222246 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor N., Mahendran UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Transportation and communication > Traffic regulations. Enforcement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Keberkesanan; Sistem pentadbiran; Perlaksanaan tugas; Polis Trafik |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75899 |
Download
75899.pdf
Download (195kB)