Masalah kemasukan buruh Indonesia ke Malaysia: kajian kes di Melaka Tengah / Abd. Rahman Abdullah … [et al.]

Abdullah, Abd. Rahman and Khisham, Haslindatul Ikmar and Talib, Nor Zaharah and Othman, Shakirah (1991) Masalah kemasukan buruh Indonesia ke Malaysia: kajian kes di Melaka Tengah / Abd. Rahman Abdullah … [et al.]. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Dari masa ke semasa, kemasukan orang-orang Indonesia ke Malaysia sama ada mengikut prosedur yang betul atau tidak semakin meningkat bilangannya. Ini dapat dilihat melalui tinjauan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak-pihak media massa dan pihak berkuasa. Secara umumnya, tinjauan yang telah dibuat oleh pihak-pihak ini mendapati bahawa kemasukan buruh Indonesia ke Malaysia adalah disebabkan oleh faktor luaran (di Malaysia) dan faktor dalaman (di negara asal mereka). Sebagai contoh faktor luaran di Malaysia adalah seperti peluang-peluang pekerjaan yang banyak terdapat di negara ini. Manakala factor dalaman pula boleh dilihat dari sudut pertambahan penduduk ' yang pesat di Indonesia yang menyebabkan orang Indonesia semakin berminat untuk datang ke negara ini. Pertambahan bilangan pendatang Indonesia menyebabkan timbulnya rungutan penduduk tempatan kerana mereka terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah yang dibawa oleh buruh-buruh ini. Sebagai contoh, kurangnya peluang pekerjaan di kalangan penduduk tempatan yang menyebabkan timbulnya masalah pengangguran dan masalah-masalah sosial
seperti jenayah, persetingganan dan lain-lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 75667.pdf]
Text
75667.pdf
Download (875kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics