Rekabentuk perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari di Desa Wawasan / Nur Huzeima Mohd Hussain and Suriati Ahmad

Mohd Hussain, Nur Huzeima and Ahmad, Suriati (2009) Rekabentuk perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari di Desa Wawasan / Nur Huzeima Mohd Hussain and Suriati Ahmad. [Research Reports] (Submitted)
Abstract

Agenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dan kepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadi yang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunan alam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke alas cara hidup serta mentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalam mengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalam membantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradaban serta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat ilu sendiri. Alas alasan inilah, perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakat dan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan Daya Wawasan (GOW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke alas persekitaran. Antara lain, kajian Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumber-sumber sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan para responden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciri-ciri taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediaman di Desa Wawasan yang lebih slstematik dan komprehensif. Nalijahnya, keberkesanan konsep GOW dapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satu sentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 75652.pdf]
Text
75652.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics