Abstract
Agenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dan kepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadi yang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunan alam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke alas cara hidup serta mentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalam mengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalam membantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradaban serta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat ilu sendiri. Alas alasan inilah, perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakat dan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan Daya Wawasan (GOW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke alas persekitaran. Antara lain, kajian Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumber-sumber sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan para responden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciri-ciri taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediaman di Desa Wawasan yang lebih slstematik dan komprehensif. Nalijahnya, keberkesanan konsep GOW dapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satu sentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Hussain, Nur Huzeima UNSPECIFIED Ahmad, Suriati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Zain Ahmed, Azni UNSPECIFIED UNSPECIFIED Mohamad Said, Abdullah UNSPECIFIED UNSPECIFIED Samsuddin, Ismail UNSPECIFIED UNSPECIFIED Mohd Harun, Fauzi UNSPECIFIED UNSPECIFIED Harun, Norlizaiha UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Housing S Agriculture > SB Plant culture > Landscape gardening. Landscape architecture S Agriculture > SB Plant culture > Landscape architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk landskap, perlandskapan, orang Melayu, Desa Wawasan, kontemporari |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75652 |
Download
75652.pdf
Download (1MB)