UiTM dan UMK meterai perjanjian jalankan program akademik Dwi Ijazah pertama di Malaysia

UiTM Cawangan Kelantan, Unit Komunikasi Korporat (2022) UiTM dan UMK meterai perjanjian jalankan program akademik Dwi Ijazah pertama di Malaysia. UiTM MoU / MoA. (In Press)
Abstract

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi Program Akademik Dwi Ijazah antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan pada 13 Februari 2022. Program Akademik Dwi Ijazah ini merupakan program Dwi Ijazah pertama di Malaysia yang menggabungkan dua program sarjana muda dari dua buah Universiti Awam (UA). Program sarjana muda yang terlibat adalah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM dan Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK. Kedua-dua program ini telah memperoleh status akreditasi penuh daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA). Program Akademik Dwi Ijazah telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 15 Mac 2019.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 75623.pdf]
Text
75623.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics