Abstract
Seni anyaman mengkuang merupakan seni warisan tradisi masyarakat Melayu yang bermula sejak zaman neolitik lagi. Warisan ini pada hakikatnya kian mengalami kepupusan kerana lunturnya minat generasi muda dalam bidang ini. Justeru itu, kertas ini ditulis ke arah mengenalpasti susunan pemikiran pakar seni anyaman mengkuang sehingga dapat menghasilkan satu seni anyaman mengkuang yang berkualiti tinggi dan mencari apakah perbezaan yang wujud di antara seorang pakar dan novis dalam penghasilan seni anyaman mengkuang. Satu kajian berbentuk kualitatif dijalankan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan melibatkan temu bual dan pemerhatian terhadap hasil kerja penganyam. Penganalisisan data dibuat berdasarkan data daripada rakaman suara dan hasil kerja responden. Secara keseluruhannya, cara berfikir seorang pakar ialah merancang dengan teliti,mengkaji kebolehlaksanaan dan membuat reka bentuk konseptual. Perbezaan yang terdapat diantara seorang pakar dan seorang novis pula ialah dalam empat aspek iaitu pengetahuan,strategi bekerja,kepimpinan dan kreativiti.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Bakar, Wan Norliza wliza349@uitm.edu.my Shamsuddin, Rozita rozita902@uitm.edu.my Raja Mohd Yusof, Raja Norazila norazila747@uitm.edu.my Mohamad, Rahaidah rahaidah@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UiTM Representative Omar, Shukri UNSPECIFIED UiTM Representative Abd. Latiff, Nik Kamaruzaman UNSPECIFIED UiTM Representative Ibrahim, Marzuki UNSPECIFIED Interviewee Nik Chik, Nik Asiah UNSPECIFIED UNSPECIFIED Salleh, Ismail UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts > Hand weaving |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Seni anyaman mengkuang, seni warisan tradisi dan kerja penganyam |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75449 |
Download
75449.pdf
Download (517kB)