Abstract
Projek saya adalah bertajuk "Penggunaan Robot didalam Industri Perkilangan di Malaysia" yang dimana ia adalah penyelidikan tentang penggunaan robot di dalam Industri Perkilangan tempatan. Penyelidikan ini lebih tertumpu kepada penggunaan robot didalam industri perkilangan tempatan yang mana industri kecil dan sederhana. Pada hari ini, didalam dunia prniagaan wujudnya banyak persaingan dimana pengguna ataupun pelanggan amat menekankan kualiti. Pengguna dan pelanggan selalu meminta barang yang berkualiti, harga yang berpatutan dan banyak disediakan dengan cepat dan pantas. Ini bermakna pengeluar mesti mengeluarkan barang yang berkualiti dan di keluarkan dengan kos yang rendah dan dapat disediakan ataupun dikeluarkan pada masa ataupun dapat memasuki pasaran pada masa yang betul dan tepat. Barang yang dikeluarkan terlalu awal ataupun lewat akan mengalami kegagalan. Keperluan ini dapat diperolehi dengan menggunakan teknologi terbaru yang mana mampu memenuhi syarat-syarat diatas. Sebagaimana yang kita ketahui teknik dan teknologi baru dapat memenuhi keperluan diatas. Diantara kemudahan dan teknik serta teknologi baru ialah "Computer Aided Design / Computer Aided Manufacturing (CAD/CAM), robots, sistem perkilangan yang mudah diubah (FMS) 'Rapid Protyping and Manufacturing Resource Planning (MRP).
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Syagul Azman UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Robotics. Robots. Manipulators (Mechanism) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma in Mechanical Engineering |
Keywords: | Robot, industri perkilangan, industri kecil |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75415 |
Download
75415.pdf
Download (252kB)