Peluasan konsep asnaf mualaf zakat / Tutasting @ Rawi Nordin ... [et al.]

Nordin, Tutasting @ Rawi and Haji Said, Abdullah and Baba, Abdul Ghafar and Bahrom, Hasan and Rabu, Noormala (2010) Peluasan konsep asnaf mualaf zakat / Tutasting @ Rawi Nordin ... [et al.]. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Kajian ini merupakan satu usaha mendapatkan maklumat berhubungan dengan peluasan konsep asnaf zakat mualaf dalam konteks Malaysia. Usaha ke arah peluasan konsep mualaf ini tidak lari dari maksud memelihara maqasid syariyyah yang menjadi faktor pemangkin dalam konteks dakwah Islam bagi kebajikan umat Islam khususnya dan rahmat kepada umat manusia seluruhnya. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah pelbagai sumber iaitu kajian perpustakaan, seminar, tinjauan dan menemu-bual mereka yang pakar dan berautoriti dalam bidang zakat. Seramai 36 orang responden terlibat dalam kajian terdiri daripada 8Jabatan Mufti, 6 Majlis Agama/ Baitulmal, 14 Pusat Pungutan Zakat dan 8 ahli akademik dan tokoh zakat. Data yang diperolehi telah menjawab objektif kajian. Pertama, mengenalpasti terdapat dua tafsiran mengenai konsep mualaf iaitu pertamanya tertumpu kepada golongan yang baru memeluk agama Islam dan kedua merangkumi juga kepada orang yang masih belum beragama Islam. Di samping itu telah ada fatwa mengenai konsep mualaf yang merujuk kepada tafsiran di atas, tetapi status fatwa tersebut tidak diwartakan. Kedua, Peluasan konsep mualaf kepada bukan Islam telah dilaksanakan oleh beberapa pusat zakat negeri seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor dan Kelantan. Ketiga, Majoriti responden yang ditemui bersetuju asnaf mualaf itu diperluaskan konsepnya bukan sahaja kepada orang yang baru memeluk Islam tetapi juga kepada belum Islam. Ini bertepatan dengan Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2007 mengenai konsep mualaf hendaklah diterima dan diwartakan bagi setiap negeri di Malaysia untuk tujuan dakwah. Justru itu dicadangkan juga supaya peruntukan enakmen negeri-negeri perlu memperluaskan konsep mualaf kepada yang belum memeluk Islam dan diharapkan keislamannya. Selain itu bagi memastikan golongan mualaf terpelihara dari sudut maqasid syariayyah, institusi yang bertanggungjawab perlu merangka modul pengajian asas agama yang komprehensif. Manakala Program-program pemantapan mualaf memerlukan sinergi antara institusi-institusi terlibat serta pelaksanaannya perlu pemantauan yang berterusan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nordin, Tutasting @ Rawi
UNSPECIFIED
Haji Said, Abdullah
UNSPECIFIED
Baba, Abdul Ghafar
UNSPECIFIED
Bahrom, Hasan
UNSPECIFIED
Rabu, Noormala
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: Konsep mualaf, asnaf zakat, Islam
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/7510
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 7510.pdf] Text
7510.pdf

Download (132kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

7510

Indexing

Statistic

Statistic details